Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Bakeri Dan Pastri



PENGENALAN

Jurusan seni pastri menyediakan pelajar dengan latihan praktikal dalam pengeluaran makanan bagi mambangunkan nilai profesionalisme dan kecemerlangan dalam akademik. Pelajar-pelajar dibangunkan dengan kemahiran dalam pembuatan bakeri dan pastri, kawalan kos, sanitasi dan nutrisi permakanan serta ilmu pemasaran. Pendedahan secara “hands-on” diselaraskan juga dengan kursus-kursus akademik yang konvensional bagi memberi kesan terhadap pengajian yang dinamik sekaligus graduan menepati kehendak industri.

MATLAMAT KURSUS

·         Membina kemahiran asas dalam kompenen pembakaran dan memahami secara mendalam aspek teori yang menggariskan kompetensi di dalam bidang tersebut

·         Menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh tentang seni pastri dan bakeri serta mengkhusus di dalam operasi kulinari

·         Mewujudkan kesedaran terhadap indusri hospitaliti dan membangunkan kemahiran praktikal yang dikehendaki termasuk dipersiapkan memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pasukan dalam operasi kedai pastri

·         Membangunkan pelajar dengan kemahiran meluas untuk jawatan di peringkat permulaan mengkaji semula prinsip pengurusan industri
PELUANG PEKERJAAN

  • Artisan Bread Baker               
  • Usahawan
  • Perancang Kafe/Katering       
  • Chef Pastri
  • Chocolatier                             
  • Pengurus Bakeri
  • Pemilik Kafe/bakeri

4 comments: