Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Perniagaan


Pengenalan

Diploma Pengurusan Perniagaan mensasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan,

kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar mampu untuk memilih laluan yang sesuai untuk kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan.

Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.


Pentauliahan

Semester 1 - 2 : Sijil Vokasional Tahap 1 (Pra-Diploma)
Semester 3 - 4 : Sijil Vokasional Tahap 2 (Pra-Diploma)
Semester 5 - 6 : Sijil Vokasional Tahap 3 (Diploma )
Semester 7 - 8 : Sijil Vokasional Tahap 4 & Diploma Vokasional Malaysia (DVM)


Prospek Kerjaya

Program ini mampu untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang yang berkaitan dengan menggabungkan semua aspek kajian perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti di bawah:

Penolong Pegawai Pentadbiran Perniagaan
Penolong Pegawai Pengurusan
Penolong Pegawai Kerajaan
Usahawan E-Commerce
Jualan dan Eksekutif Pemasaran
Penolong Pegawai Sumber Manusia
Perancang Perniagaan
Penolong Pegawai Pembangunan Perniagaan
Penyelidik Perniagaan
Penolong Pegawai Pemasaran
Penolong Pegawai Pelaburan
Penolong Pegawai Operasi
Usahawan
Agen Insurans
Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan
Penolong Pegawai Komputer dan Sistem Maklumat
Penolong Operasi Perbankan dan jenis lain


3 comments:

  1. Klau ambil bidang perniagaan ni bolh buka kedai kita sendiri kn

    ReplyDelete
  2. Please reply my comment..Klau amik bidang ni,boleh ke buka syarikat sendiri?

    ReplyDelete